Tajuk : Tiupan Bayu Kemerdekaan
Negara aman berteraskan perpaduan,
Disirami dengan kesepakatan antara rakyat,
Tanpa mengira bangsa,
Tanpa mengira agama,
Kerana Malaysia negara harmoni,
Bagaikan awan yang tenang,
Berubah gaya tatkala hujan menjelma
Negara yang aman tak akan goyah,
Sekiranya rakyat tidak berubah,
Menegak panji kebesaran Malaysia,
Perpaduan merupakan tiang negara,
Dikuatkan melalui semangat rakyat,
Menjadikan kedaulatan negara kukuh,
Sehingga di persada antarabangsa,
Saat itu,
Tidak ada lagi perusuhan kaum,
Tidak ada lagi pertumpahan darah,
Seperti berlakunya sejarah lalu,
Sehingga nyawa menjadi taruhan,
Darah melayang bergemanya dunia,
Hari ini,
Kita begitu gembira,
Meraihkan kemerdekaan di pelusuk rantau.
Tanpa membezakan bangsa dan agama,
Tanpa melakukan provokasi negara,
Kini sudah tiba masanya,
Untuk kita meraihkan kemerdekaan,
Dengan sanjungan perpaduan,
Disemulti ranting keharmonian,
Kerana rakyat Malaysia Sehati Sejiwa.
Nukilan : Din Miasin ( 6 Atas Dedikasi )
.jpg)






