Rabu, 25 Jun 2014

cabaran kehidupan di muka bumi

Andai dapat saya undurkan masa , saya lebih rela memilih untuk tidak menyambung pengajian ke tingkatan 6 bawah walaupun itu harapan ibu bapa ku namun kehidupan kami membuatkan saya sedar yang saya harus bekerja untuk menbantu kedua ibu bapa saya. Hari demi hari saya mengharungi hidup di dunia ini namun semua orang tidak nampak keperitan yang saya harungi seorang diri. Tiada siapa yang ingin mendengar luahan hati saya sedangkan dulu saya mampu tersenyum untuk menceritakan masalah saya tapi kini saya hanya mampu berdiam sahaja. Jika dahulu abanglah yang banyak menyokong saya dan membimbing saya agar terus kuat mengharungi cabaran hidup kini dia hilang entah ke mana. Satu demi satu masalah yang saya harus fikirkan ketika ini sehingga migrain saya sering menyerang setiap kali saya memikirkan masalah yang tidak pasti bila sudahnya. Kesusahan keluarga saya bukan cabaran untuk saya berjaya mencapai cita-cita saya , yang penting restu mereka agar saya berjaya mengubah nasib keluarga saya. Kadang saya terfikir untuk berhenti form 6 dan mencari kerja untuk membantu keluarga saya. Ayahanda yang tersayang tidak mampu lagi untuk bekerja keras setelah mengalami strok ketika saya tahun 6 manakal ibunda tercinta juga tidak dapat lagi bekerja disebabkan faktor kesihatan dan gaji yang tidak berpatutan. Jika saya ceritakan semua ini membuat pembaca simpati terhadap saya mahupun keluarga sila lupakan kerna saya hanya mengharapkan doa anda agar saya berjaya untuk membuat nasib saya dan keluarga lebih baik dari sebelumnya. Saya hanya mampu meluah di blog saya sendiri ketika ini kerna sahabat baik saya sibuk melanjutkan pengajian ke matrikulasi. Saya juga berharap agar ada peluang kerjaya yang menanti saya pada masa akan datang.



sekian terima kasih,